Monday, February 23, 2015

saya rindu awak sangat sangat :'(

      


 Ya Allah Ya tuhanku...
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami diantara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan
aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, Engkau titipkanlah kerinduan diantara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.

Ya Allah yang maha pengasih,
Sekiranya dia bukan pemilik rusukku, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka Ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.

Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirnya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.

Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.

Terima Kasih Ya Allah
kerana pernah mengurniakan seorang insan sebaik dia yg pernah menghiasi perjalanan hidupku dalam mencari RedhaMu... berilah kekuatan kepadaku utk menerima TakdirMu ini.. hanya Engkau sebaik2 tempat aku mengadu dan memohon bimbingan.terima kasih Ya Allah kerana sentiasa ada disampingku setiap kali aku memerlukanMu.. aku mohon Ya Allah , lindungi dia Ya Allah, pelihara dia drpd kekecewaan, jauhi dia drpd org yg ingin menyakiti dia, 
berilah ganti yg lebih baik buatnya, berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya..
insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu :')

Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu...

Aminn



AnDaI sAyA pErGi DuLu

A: "Kalau saya pergi dulu sebelom awak macam mana??"

B: "Saya ikut belakang la..biasa la ladies first kan"

A: "Awak ni kan!!"

B: "Hehe..Siapa pergi dulu pon saya redha tapi dalam hati saya tetap akan rasa sedih. Andai awak pergi dulu, awak tunggu lah saya kat sana, kalau saya pergi dulu Insyallah saya akan tunggu awak kat sana sampai bila-bila"


ANDAI KATA JIKA ESOK SAYA TIADA DI MUKA BUMI INI
ANDAI KATA SAYA TIDAK LAGI DIBERIKAN UNTUK BERNAFAS LAGI
ANDAI KATA SAYA PERGI DULU SEBELUM AWAK
ANDAI KATA AWAK TIDAK DAPAT MENEMUI SAYA LAGI
ANDAI KATA KITA TIDAK BERTEMU
AWAK JAGA DIRI ELOK-ELOK YE
MUNGKIN TAKDIR TELAH MENENTUKANNYA
YANG SAYA AKAN PERGI DULU SEBELUM AWAK
AWAK MEMANG SUKAR BAGI SAYA MELAYAN AWAK DENGAN ELOK
SEHINGGALAH AWAK HALAL BAGI SAYA
JIKA KITA TIDAK DITENTUKAN BERJODOH
MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA
MAAFKAN SAYA AWAK
MAAFKAN SAYA



Khas untuk awak yang teristimewa...



     


Awak,.dudukla dengan saya kejap ya...

ada beberapa perkara yang saya perlu luahkan pada awak..

awak,saya tak pandai bermain kata seperti orang lain...

dan saya juga bukan cinderella...

saya hanya tau luahkan apa saya rasa dihati secara terang..

Awak perlu tahu mengapa saya selalu cemburu bila awak dengan orang lain..
sebab saya amat menyayangi awak ...
awak selalu tanya..mengapa saya kuat merajuk dengan awak..
sebab saya suka bila awak pujuk saya..saya nak perhatian dari awak..
awak mesti rasa terganggu bila saya selalu call dan sms awak...
sebenarnya saat itu saya terlalu rindukan awak ..
awak perlu tahu juga...mengapa saya selalu marahkan awak...
sebab saya nak yang terbaik untuk awak ..
awak perlu tahu mengapa saya selalu minta nasihat dan pertolongan awak..
sebab awak kan tulang belakang saya...
awak perlu tahu mengapa saya selalu mengucapkan terima kasih kat awak..
sebab saya terlalu menghargai apa saja yang awak lakukan untuk saya..
awak perlu tahu mengapa saya suka mengadu dengan awak selalu...
sebab awak lah segalanya bagi saya..
awak selalu marah bila saya rahsiakan sesuatu daripada awak...
sebenarnya saya tak nak buat awak risaukan saya..
awak perlu tahu..mengapa saya pergi tanpa bagi apa2 kata putus pada awak..
sebab mungkin bukan jodoh kita dan saya tak nak awak kecewa..




tcs_flower.giftcs_flower.giftcs_flower.giftcs_flower.giftcs_flower.giftcs_flower.giftcs_flower.giftcs_flower.giftcs_flower.giftcs_flower.giftcs_flower.gif

Akhirnya saya ingin luahkan pada awak...saya melakukan pengorbanan ini sebab saya cintakan awak ...saya nak awak bahagia selalu...kebahagian awak adalah ketenangan saya... tcs_rose.giftcs_rose.gif tcs_rose.gif